Teman-teman ahli kelab Tilawah yang dikasihi sekalian, Al-Quran dalam kehidupan kita ibarat jantung di dalam tubuh manusia. Sekiranya jantung terpisah dari tubuh kita, walaupun jasadnya ada, kita mati. Begitulah ibarat yang boleh saya beri iaitu hidup tanpa pegangan kepada Al-Quran adalah tidak bermakna bahkan kita akan sesat di dunia serta akhirat. Kelab Tilawah merupakan sebuah kelab yang memiliki potensi untuk melahirkan generasi pelajar yang cintakan Al-Quran. Dengan tidak menafikan kelemahan yang terdapat padanya, InsyaAllah, dimasa akan datang, dengan bantuan dan sokongan semua, saya berharap kelab ini lebih progresif, aktif dan kreatif di dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat.
Teman-teman sekalian, sesungguhnya di dalam setiap bidang ada prinsip dan ilmunya. Justeru,untuk menguasai ilmu Al-Quran memerlukan kepada kesungguhan terutamanya dalam bidang Qiraat dan Tarannum terutamanya. Ianya bukan sahaja teori bahkan cara yang lebih efisyen ialah amali@praktikalnya .
Saya selaku guru penasihat Kelab Tilawah ini, ingin berpesan kepada semua agar kita menjadikan Al-Quran dan amalan membacanya sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita.